Langkau ke kandungan utama

Cara menghantar video besar daripada iPhone

Bacaan 8 min

12 Sep 2024

Mengapakah kadangkala sukar untuk menghantar fail besar daripada iPhone?

iPhone mempunyai beberapa alat dan apl terbina dalam untuk berkongsi media, yang mempunyai sekatan tersendiri dalam perkongsian fail. Jika anda menghadapi masalah ketika cuba menghantar video pada iPhone, hal ini mungkin disebabkan oleh salah satu faktor berikut:

  • Saiz fail: Fail anda terlalu besar untuk medium perkongsian yang cuba anda gunakan.
  • Format fail: Video anda menggunakan jenis fail yang tidak disokong oleh peranti anda.
  • Konteks perkongsian: Sesetengah kaedah perkongsian hanya akan berfungsi antara peranti Apple yang berada dalam jarak dekat antara satu sama lain.

Untuk menyelidik perkara ini dengan lebih mendalam: Bagaimanakah batasan ini berbeza antara sistem perkongsian fail standard yang tersedia pada iPhone?

 

iMessage

Setakat Oktober 2024, sistem pemesejan lalai Apple ialah hibrid aplikasi SMS tradisional dan aplikasi pemesejan berasaskan Internet. Bergantung pada cara penggunaan, iMessage mempunyai peraturan yang berbeza untuk perkongsian fail.

Sebagai permulaan, Apple tidak mengesahkan secara rasmi tentang saiz fail maksimum yang boleh dihantar melalui iMessage. Dahulu, ramai pengguna mendapati mereka boleh menghantar fail bersaiz maksimum 3.5 MB semasa berkongsi media dengan peranti bukan Apple. (Itu selain pembatasan lain bagi mesej Perkhidmatan Pemesejan Multimedia (MMS).)

Perkongsian menggunakan iMessage dengan iPhone lain juga nampaknya memberi anda fail bersaiz hingga 2 GB. Tetapi masih tidak jelas jika saiz itu juga sama untuk foto yang disimpan secara automatik pada iCloud.

Dalam komuniti Apple, kebanyakan pengguna percaya iMessage kini mengehadkan lampiran video berdasarkan panjang dan resolusi video. Ini mengehadkan lampiran video kepada sekitar 4 minit dan 15 saat untuk video yang dirakam dalam resolusi 720p pada 30 bingkai sesaat. Bagi video yang lebih panjang, ini akan menggesa pengguna untuk memampatkan video supaya menjadi lebih kecil untuk penghantaran. Hal ini tidak menjadi masalah untuk video pendek, tetapi itu bermaksud sedikit kualiti akan hilang—tidak ideal jika anda perlu mengekalkan resolusi penuh atau kadar bingkai sesuatu video.

 

AirDrop

AirDrop pada dasarnya ialah jawapan Apple untuk Bluetooth. Menggunakan gabungan teknologi Bluetooth dan Wi-Fi, anda boleh berkongsi fail dengan mana-mana peranti dalam lingkungan lokasi fizikal anda.

Sudah tentu, ini bermakna anda perlu berada dekat secara fizikal dengan penerima yang diingini. (Tidak begitu berguna jika anda cuba berkongsi kandungan dengan seseorang di bandar lain!)

Anda juga hanya boleh melakukan Airdrop kepada peranti Apple—bukannya Android, sebagai contoh.

 

iCloud

iCloud ialah penyelesaian penyimpanan awan yang disediakan oleh Apple untuk pengguna peranti iCloud.

Walaupun simpanan tambahan yang berguna disediakan, anda tidak boleh berkongsi fail yang lebih besar daripada 5 GB, yang menjadikan iCloud agak terbatas untuk sesiapa yang bekerja mengendalikan video yang besar.

4 cara untuk berkongsi video besar pada iPhone

Jadi, apakah pilihan anda untuk berkongsi video daripada iPhone? Pilihan manakah yang paling sesuai dengan keperluan semasa anda? Kami mempunyai beberapa idea:

 

1. Berkongsi menggunakan penyimpanan awan

Cara terbaik untuk berkongsi video anda daripada iPhone sambil mengekalkan kualiti penuh video adalah dengan menggunakan penyelesaian perkongsian pautan berasaskan awan. Gunakan pautan selamat untuk menghantar fail daripada penyimpanan awan Dropbox anda.

Dengan cara itu, anda boleh menghantar salinan video anda (atau berkongsi akses kepada video itu) tanpa perlu memampatkan video dan menjejaskan resolusi, kadar bingkai atau kedalaman warna. Kami memudahkan anda menghantar video panjang tanpa perlu memuat naik atau melampirkan apa-apa. Hanya salin pautan pada fail dalam penyimpanan awan anda, tampalkan pautan ke dalam apl pemesejan atau e-mel pilihan anda dan tekan hantar. Selesai!

Simpan fail anda dengan selamat bersama Dropbox

Dokumen, foto, video dan banyak lagi—Dropbox memastikan semua fail dan folder anda selamat dalam penyimpanan awan dalam talian.

Tangkapan skrin Dropbox Transfer yang menyenaraikan empat fail dihantar. Bilangan tontonan atau muat turun dipaparkan bagi setiap fail.

Cara menghantar fail video besar daripada iPhone kepada iPhone, PC, Mac atau alamat e-mel

Seorang individu bersandar di kerusi, tersenyum, sambil melihat dan menaip pada iPhone miliknya.

Hantar video besar daripada iPhone dengan mudah menggunakan Dropbox

Sama ada anda menghantar salinan penyuntingan yang telah selesai atau berkongsi kerja yang sedang dijalankan untuk usahasama, Dropbox sedia membantu anda ketika menghantar video panjang daripada iPhone. Untuk memulakan, kongsikan pautan daripada penyimpanan awan Dropbox anda atau pergi ke Dropbox Transfer dan mula menambahkan fail.

Terokai sumber berkaitan

Ahli profesional kreatif bersandar di pintu, berkongsi video besar melalui WhatsApp dari lokasi penggambaran.

Cara menghantar video besar di WhatsApp—3 kaedah mudah

Menghadapi masalah menghantar video besar melalui WhatsApp? Kami sedia membantu anda. Ketahui tiga cara menghantar video panjang melalui WhatsApp, tanpa menjejaskan kualiti, dalam panduan berguna ini.

Seseorang menggunakan telefon Android mereka untuk menghantar fail video yang besar.

Cara menghantar fail video besar daripada telefon Android

Menghadapi masalah semasa berkongsi video daripada telefon Android anda? Anda tidak keseorangan. Ketahui sebab sesetengah video dan aplikasi tidak serasi—serta tiga cara untuk berkongsi fail yang besar dengan mudah.

Seseorang menggunakan iPhone untuk mengambil gambar beberapa pelan, sedia untuk diselaraskan dengan akaun iCloud miliknya dan peranti iOS yang lain.

Cara menyelaraskan iPhone dan iPad anda dengan mudah

Memastikan fail anda diselaraskan merentas peranti iOS boleh menjimatkan masa anda dan meningkatkan produktiviti anda. Ketahui cara melaraskan iPhone dan iPad anda dengan panduan berguna kami.