Apakah itu pemampatan video?
Pemampatan video ialah cara untuk mengecilkan saiz fail video anda. Pada dasarnya, pemampatan video akan memotong sebahagian daripada saiz yang diperlukan oleh fail anda. Walau bagaimanapun, ini lazimnya bermakna kualiti fail keseluruhan akan terjejas. Bergantung pada saiz asal video, kehilangan kualiti ini mungkin tidak ketara, tetapi itu semua bergantung pada saiz fail video yang anda perlukan.
Mengapakah pemampatan fail video diperlukan?
Malangnya, hampir semua kaedah perkongsian fail, daripada e-mel hinggalah pemesejan segera, mempunyai had saiz fail. Ini bermakna video anda tidak akan muat dalam mesej anda atau penerima anda terpaksa menunggu lama untuk memuat turun video tersebut.
Teknologi merupakan sesuatu yang hebat, tetapi masih ada sesetengah perkara yang boleh membuatkan orang yang paling celik teknologi menjadi agak cemas. Berkongsi video berkualiti tinggi antara pasukan dengan klien mungkin mengecewakan anda apabila saiz fail video sangat besar pada masa yang terbaik.
Anda mungkin sukar untuk berkongsi video yang besar kerana had saiz fail video dan masa muat turun yang sangat perlahan. Hal ini boleh mengganggu atau memperlahankan penyiapan projek atau menyukarkan pasukan berkongsi kerja dengan klien. Pemampatan video anda akan menyelesaikan masalah ini.

Bagaimanakah pemampatan video berfungsi?
Pemampatan video berlaku dengan mengeluarkan imej dan bunyi berulang seperti yang ditentukan oleh algoritma codec. Kehilangan ini hampir tidak dapat dikesan oleh mata manusia.
Fikirkan tentang cara filem Hollywood berubah daripada saiz skrin pawagam kepada DVD dan dapat dimainkan pada mana-mana TV rumah tanpa sela masa. Anda hanya akan mula melihat pemampatan menjejaskan kualiti paparan dengan teruk jika anda mahu mengecilkan fail sehingga saiz fail yang sangat kecil sambil mengekalkan resolusi fail. Ketika ini, anda mula melihat skrin yang "berpiksel", "berbintik-bintik" dan secara umumnya tidak boleh ditonton.
Untuk memahami pemampatan, anda perlu mengetahui tentang beberapa istilah:
Apakah itu bait?
Bait ialah unit ukuran yang digunakan untuk fail digital. Secara umumnya, anda akan melihat fail diukur dalam kilobait, megabait, gigabait dan terabait:
- Kilo: 1024 bait
- Mega: 1024 kilobait
- Giga: 1024 megabait
- Tera: 1024 gigabait
Jika saiz fail anda adalah dalam julat gigabait, anda perlu menurunkan saiz kepada julat megabait.

Apakah itu codec?
Codec ialah kod yang digunakan untuk memampatkan video anda. Codec secara asasnya mengecilkan fail anda untuk disimpan, kemudian menyahmampatkan fail anda semula apabila anda bersedia untuk melihat fail itu. Tanpa codec, saiz fail anda akan menjadi sekurang-kurangnya tiga hingga lima kali lebih besar.
Lazimnya, codec berfungsi secara automatik dalam program pilihan anda dan biasanya, anda tidak perlu bimbang tentang codec. Jika anda perlu menukarkan codec video, anda boleh menggunakan perisian tranpengekodan seperti Handbrake.
Jenis codec adalah seperti berikut:
- MPEG: Salah satu kod yang paling banyak digunakan, MPEG dan terbitan MPEG, termasuk MPEG-1 dan MPEG-4, menghasilkan main balik video yang berkualiti tinggi walaupun selepas dimampatkan.
- ProRes: Codec yang digunakan dalam perisian seperti iMovie Apple, ProRes, seperti yang tertera pada nama, memberikan resolusi warna yang menakjubkan.
- WMV: Microsoft mendakwa WMV menyediakan kualiti yang lebih baik berbanding dengan MPEG-4. Jika anda menggunakan perisian penyuntingan video dalam Windows, inilah codec yang berkemungkinan besar akan digunakan.
Adakah AVI merupakan codec video?
Tidak, AVI merupakan bekas yang menentukan lanjutan fail video anda. Bekas adalah seperti sampul surat yang memegang codec. Oleh itu, walaupun AVI dan MP4, sebagai contoh, ialah jenis/bekas fail, namun kedua-dua itu bukan codec.
Namun, masih terdapat perbezaan antara AVI dengan MP4. MP4 biasanya lebih kecil berbanding dengan AVI disebabkan oleh kadar pemampatan yang lebih baik.
Bagaimanakah saya boleh memampatkan video untuk perkongsian?
Kebanyakan program penyuntingan video, seperti iMovie untuk Mac atau Penyunting Video Windows untuk Windows, disertakan dengan pemampat video terbina dalam. Anda boleh menghantar video anda dalam fail dimampatkan ZIP, tetapi tindakan ini memerlukan penerima anda memuat turun fail itu.
Program ini memerlukan anda membuka video anda, biasanya dengan mengklik "buka" atau "import". Kemudian, tindakan mengeksport akan menukar fail kepada jenis fail baharu. Kebanyakan program penyuntingan video akan membenarkan anda memilih format fail yang dihasilkan, termasuklah MP4, AVI, MOV dan WMV.
Jika video itu panjang, proses pemampatan akan mengambil masa yang sangat lama, jadi anda membuang banyak masa jika anda mengeksport format fail yang salah. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan Dropbox untuk berkongsi video panjang anda tanpa perlu risau tentang pemampatan.
Berapa besarkah fail video yang dimampatkan?
Bilangan bait secara tepat yang diperlukan untuk fail anda bergantung pada beberapa faktor, termasuklah:
Format video
Format video anda boleh memberikan kesan pada saiz dan kualiti keseluruhan video. Berikut ialah semua jenis fail video:
- MP4
- AVI
- FLV
- MOV
- WMV
Sesetengah jenis fail menawarkan codec yang lebih baik—iaitu, proses yang digunakan untuk memampatkan video anda. Sebagai contoh, apabila MP4 ditukar kepada fail FLV, fail akan menjadi lebih besar secara keseluruhan. Hal ini disebabkan oleh codec FLV yang kurang cekap dan mengakibatkan kurang pemampatan atau pengecutan fail
Panjang video
Video sepanjang satu minit lebih kecil berbanding dengan video sepanjang satu jam. Namun, jenis fail pilihan anda juga boleh mempengaruhi nisbah antara panjang video dengan saiz fail.
Kadar bingkai
Kadar bingkai atau bingkai sesaat (FPS) mempengaruhi kualiti video, dengan video HD menggunakan sekurang-kurangnya 24 FPS. Lebih banyak bingkai yang anda ada, lebih banyak butiran yang anda miliki dan lebih besar fail anda.
Resolusi video
Video dengan resolusi yang lebih tinggi mempunyai saiz paparan yang lebih besar dan biasanya saiz fail yang lebih besar. Contohnya, jika video anda berukuran 480p, video ini direka untuk paparan yang kecil secara keseluruhan, pada 852x480 piksel. Video 720p tergolong dalam jenis HD pada 1280x720.
Untuk video selama seminit:
- Ultra HD atau 4K (3840x2160): saiz fail 2 GB
- Resolusi 2K (2048x1080): saiz fail 430 MB
- 1080p atau HD Penuh (1920x1080): saiz fail 403 MB
Dropbox memudahkan pemampatan dan perkongsian video
Mujurlah anda tidak perlu terlalu bimbang tentang bait dan format untuk berjaya menghantar video yang panjang menggunakan Dropbox.
Dropbox menyokong format fail video berikut dan akan memampatkan fail secara automatik untuk dilihat pada peranti anda, dengan pilihan untuk memuat turun dalam kualiti penuh:
- AVI
- MKV
- MP4
- MPG
- MOV
- WMV
- OGV
- 3GP
Selagi saiz fail anda di bawah 50 GB, pratonton akan dipaparkan sebagai video yang bergaya.
Anda boleh menghantar fail video yang besar sebagai pautan boleh dikongsi daripada telefon pintar anda (iOs atau Android) atau tablet dengan apl mudah alih Dropbox. Anda juga boleh berkongsi melalui desktop anda (Apple, Microsoft atau Linux). Kongsi pautan kepada video anda melalui e-mel, teks atau sembang supaya penerima anda tidak perlu memuat turun video itu—dan mereka juga tidak memerlukan akaun Dropbox untuk berbuat demikian.
Tambahan lagi, tiada had saiz pada video yang boleh anda muat naik, jadi anda tidak perlu bimbang untuk memampatkan dan menyahmampatkan fail anda.
Tingkatkan kecekapan anda dengan Dropbox
Dengan Dropbox, anda tidak perlu risau tentang memampatkan fail video anda yang besar secara manual—hanya kongsi terus daripada akaun Dropbox anda dengan pautan mudah.
Berikan akses kepada folder kongsian untuk perkongsian serta-merta, tanpa penglibatan muat turun yang memakan masa— anda boleh menghantar pautan kongsian kepada sesiapa sahaja, sama ada mereka memiliki akaun Dropbox atau tidak. Ini bermakna tiada apa-apa yang boleh menghalang anda jika anda mengusahakan projek video kreatif, berkongsi pembentangan atau mahu menghantar video lucu kepada rakan.