Langkau ke kandungan utama

Lindungi folder dan fail dengan kata laluan

Dropbox memudahkan anda untuk menyelamat, mengawal dan melindungi kata laluan semua maklumat sensitif anda

Imej dikongsi selepas perlindungan kata laluan didayakan dan muat turun dinyahdayakan

Password folder atau fail untuk menambah lapisan keselamatan lagi

Dropbox disertakan dengan berbilang lapisan perlindungan—supaya anda boleh berasa lega kerana mengetahui bahawa data paling sensitif anda selamat dalam awan. 

Apabila anda melindungi fail dengan kata laluan melalui Dropbox, anda menjamin bahawa hanya orang yang anda mahu akses fail anda boleh mendapatkannya. 

Sebelum sesiapa boleh melihat atau memuat turun dokumen, mereka perlu memasukkan kata laluan yang anda tetapkan untuk melindungi dokumen tersebut.

Folder yang dilindungi kata laluan dikongsi dengan pengguna tertentu

Kawal perkara yang dilihat oleh individu dengan perlindungan kata laluan Dropbox

Dropbox memudahkan anda untuk melindungi PDF dengan kata laluan dan fail lain tanpa perisian pihak ketiga. Sebelum anda berkongsi pautan ke PDF, dokumen Word atau fail atau folder lain, cuma tetapkan kata laluan untuk PDF—jadi hanya penerima boleh membukanya dengan kata laluan yang anda pilih. 

Ahli akaun pasukan Dropbox boleh mengehadkan orang yang mempunyai akses kepada fail sensitif dengan muda. Jika seseorang di luar pasukan anda mendapatkan pautan ke fail atau folder yang dilindungi kata laluan anda, jangan risau—mereka tidak boleh melihat atau mengaksesnya tanpa kata laluan.

Pengguna mengakses fail menggunakan kata laluan

Tetapkan tarikh luput talian kongsi untuk mengawal akses fail

Pastikan fail anda kekal terkawal—walaupun selepas anda menghantarnya. Anda boleh menetapkan tarikh luput untuk pautan kongsian di dropbox.com atau apl mudah alih anda, jadi hanya penerima anda boleh mengakses pautan itu sehingga ia luput. Selepas tarikh luput, pautan berhenti berfungsi dan tiada siapa yang akan dapat melihatnya. 

Satu lagi cara untuk melindungi kerja anda daripada dimuat turun ialah dengan mematikan muat turun untuk pautan kongsian. Penerima boleh pratonton fail di dropbox.com—tetapi tidak akan dapat memuat turun fail ke komputer mereka.

Pengguna menetapkan tarikh luput pautan menggunakan paparan kalendar

Sediakan 2FA untuk keselamatan tambahan

Perlindungan kata laluan mengawal dan melindungi fail atau folder yang anda kongsi dengan orang lain—dan menghalang harta sulit daripada berakhir ke tangan yang salah. Satu lagi ciri keselamatan yang kami syorkan ialah pengesahan dua faktor (2FA). Ia mudah, tetapi ia penting untuk melindungi akaun Dropbox anda dan segala-gala di dalamnya.

Apabila anda mendayakan 2FA, Dropbox meminta bentuk pengesahan kedua. Ini bermakna anda mungkin memasukkan kod enam angka atau kunci keselamatan (selain kata laluan anda) apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda atau memautkan komputer, telefon atau tablet baharu. Pengesahan dua faktor, di samping perlindungan kata laluan, menjadikannya lebih sukar untuk sesiapa sahaja untuk mengakses akaun anda.

Skrin penyediaan pengesahan dua faktor

Soalan lazim

Menyulitkan fail memastikan bahawa jika sesiapa cuba memintas atau mengambil cakera yang digunakan, data tidak akan boleh dibaca. Perlindungan kata laluan pula, adalah ciri yang anda boleh dayakan semasa berkongsi fail dalam perkhidmatan Dropbox—untuk menambah lapisan keselamatan perkongsian. Dropbox sentiasa menyulitkan data anda apabila anda memuat naik data—dan anda juga mempunyai pilihan untuk melindungi fail atau folder kata laluan apabila anda berkongsinya.

Kata laluan memastikan bahawa hanya penerima fail yang dimaksudkan boleh mengaksesnya. Jika orang lain mendapat pautan kongsian berserta kata laluan, mereka tidak akan dapat mengakses fail anda—melainkan anda turut berkongsi kata laluan itu dengan mereka. Menambah tarikh luput kepada fail yang dipautkan kata laluan selanjutnya membantu memastikan bahawa pautan hanya tersedia kepada penerima yang anda ingini sepanjang tempoh yang anda tentukan. Lihat sumber kami tentang keselamatan kata laluan untuk butiran lebih lanjut dan petua tentang menggunakan perlindungan kata laluan.

Ketahui lebih lanjut tentang cara Dropbox menjaga keselamatan fail anda.

Menetapkan kata laluan untuk dokumen Word memastikan bahawa hanya orang yang anda mahu akses dokumen itu melalui Dropbox boleh berbuat demikian. Ini menghalang tontonan atau penyuntingan yang tidak diingini, kerana sebelum sesiapa sahaja boleh melihat atau memuat turun dokumen Word, mereka perlu memasukkan kata laluan yang anda tetapkan untuk melindungi dokumen tersebut.

Mudah sahaja untuk melindungi PDF dengan kata laluan menggunakan Dropbox. Anda boleh menetapkan kata laluan pada pautan PDF kongsian dengan mendaftar masuk ke dropbox.com, mengklik butang ‘Kongsi’ di sebelah nama fail dan menyambungkan kepada tetapan Pautan. Hanya orang yang mempunyai kata laluan yang anda tetapkan boleh melihat atau memuat turun PDF yang anda hantar.

Buat masa ini, pengguna Dropbox Professional dan ahli akaun pasukan Dropbox boleh melindungi fail dengan kata laluan dengan pautan kongsian di dropbox.com—atau pada apl mudah alih Dropbox. Pastikan anda membandingkan pelan kami untuk menemukan pelan Dropbox yang sesuai untuk anda.

Lihat lebih banyak ciri

Ikon folder berwarna biru dengan butang akses permintaan

Keselamatan cloud

Kawal sesiapa yang boleh mengakses fail anda dan hak yang mereka miliki

Fail imej bersaiz besar gajah berwarna hijau

Hantar fail besar

Hantar mana-mana jenis fail besar kepada sesiapa pun, tanpa rasa bimbang

Pengguna menambahkan komen pada dokumen

Usahasama kandungan

Mudah bekerjasama, menyunting dan berkongsi kandungan dengan ahli pasukan

Pengguna menogol kebenaran perkongsian untuk folder

Keizinan fail

Lindungi kerja anda dengan keizinan fail yang berkuasa