Langkau ke kandungan utama

Penghantaran fail yang mudah dan selamat

Buat pemindahan fail hingga 250 GB dengan Dropbox Transfer. Hantar fail sehingga 2GB secara percuma.

Pengguna menambahkan kata laluan dan tarikh luput pada fail kongsian melalui Dropbox Transfer

Bagaimanakah saya boleh memindahkan fail besar dengan mudah menggunakan Dropbox?

Memindahkan fail besar atau sekumpulan fail dengan selamat adalah mudah menggunakan Dropbox Transfer. Sama ada projek reka bentuk atau satu set foto resolusi tinggi, anda boleh seret dan lepaskan fail anda dan kemudian ia sedia untuk dihantar.

Pindahkan mana-mana fail besar dengan cepat

Hantar sehingga 250 GB fail kepada sesiapa sahaja—walaupun mereka tidak mempunyai akaun Dropbox. Dropbox Transfer boleh menghantar fail besar melalui e-mel atau melalui pautan muat turun yang anda boleh kongsi dengan penerima.

Menjamin fail akan dihantar

Sahkan penghantaran pemindahan fail anda dengan pemberitahuan muat turun, kawal akses dengan perlindungan kata laluan dan tetapkan tarikh luput untuk pautan kongsian bagi menggalakkan muat turun segera.

Buat tanggapan yang berkekalan

Pilih imej latar belakang atau tambah logo anda untuk menyesuaikan halaman muat tambah penghantaran anda.

Realisasikan idea dengan Dropbox

Simpan dan kongsi fail. Tandatangan dan hantar dokumen. Rakam skrin dan komen. Semua dengan Dropbox.

Pilih kitaran bil anda

Untuk para profesional

Professional

USD16.58 / bulan
  • 1 pengguna
  • 3 TB storan
  • Kekal terhubung merentas semua peranti
  • 180 hari untuk memulihkan fail yang dihapuskan
  • Edit PDF dan dapatkan tandatangan
  • Jenamakan fail anda untuk dikongsi
  • Lindungi fail dengan kata laluan

Untuk pasukan

Standard

USD15 / pengguna / bulan
  • 3+ pengguna
  • 5 TB storan untuk pasukan
  • Kekal terhubung merentas semua peranti
  • 180 hari  untuk memulihkan fail yang dihapuskan
  • Edit PDF dan dapatkan tandatangan
  • Jenamakan fail anda untuk dikongsi
  • Lindungi fail dengan kata laluan
  • Dapatkan folder pasukan untuk penyusunan

Untuk syarikat

Advanced

USD24 / pengguna / bulan
  • 3+ pengguna
  • Kekal terhubung merentas semua peranti
  • 1 tahun untuk memulihkan fail yang dihapuskan    
  • Edit PDF dan dapatkan tandatangan
  • Jenamakan fail anda untuk dikongsi
  • Lindungi fail dengan kata laluan
  • Dapatkan folder pasukan untuk penyusunan
  • Penjejakan pematuhan
  • Daftar masuk tunggal

Hantar fail besar dengan Dropbox Transfer

Transfer tersedia untuk semua pengguna Dropbox—malah pelanggan Basic dengan pelan percuma. 

Saiz fail yang dibenarkan mungkin tertakluk pada pelan yang anda ada.

  • Dropbox Basic (Pelan percuma): Pindahkan fail sehingga 2GB
  • Dropbox Plus: Pindahkan fail sehingga 50 GB
  • Dropbox Professional, Standard dan Advanced: Pindahkan fail hingga 100 GB
  • Penambahan Alat Kreatif: Gabungkan dengan akaun Dropbox anda untuk mendapatkan pemindahan fail besar sehingga 250 GB
Mesej bahawa pemindahan Dropbox sudah sedia di atas bar perkembangan yang lengkap dan tetikus yang terapung di atas butang hantar.

Kongsi fail besar dengan sesiapa sahaja

Soalan lazim

Sebaik sahaja anda mencipta Transfer, penerima anda boleh memuat turun fail dengan segera. Pemindahan fail anda yang pantas akan mencipta pautan kongsian atau e-mel yang boleh anda hantar kepada sesiapa sahaja untuk mengambil penghantaran fail.

Anda boleh melindungi penghantaran fail dengan kata laluan, maka penerima hantaran fail tersebut mesti memasukkan kata laluan untuk mengambil fail mereka. Apabila anda mencipta penghantaran fail dalam Dropbox Transfer, anda mempunyai pilihan untuk menambah, menyunting atau membuang kata laluan sebelum anda melengkapkan proses.

Secara lalai, penghantaran luput secara automatik selepas 7 hari. Namun, anda boleh menetapkan tarikh luput yang lebih lama dengan pelan yang berbeza. Pengguna Dropbox Professional dan Advanced boleh menetapkan tarikh luput sehingga 90 hari, dengan kebolehan untuk melanjutkan tempoh hingga setahun semasa pautan masih 'hidup'. Penghantaran yang sudah tamat tempoh hanya boleh dilihat oleh penghantar dan tidak lagi boleh diakses kepada sesiapa dengan pautan.

Tidak, untuk berkongsi fail menggunakan Dropbox Transfer anda perlu mempunyai akaun Dropbox. Mana-mana pengguna Dropbox—termasuk pengguna pelan Dropbox Basicpercuma kami—boleh mencipta penghantaran fail. Walau bagaimanapun, penerima pemindahan fail tersebut tidak memerlukan akaun Dropbox untuk menerima fail mereka.

Ya, anda boleh menghantar pemindahan fail secara percuma dengan Dropbox Transfer. Mana-mana pengguna Dropbox boleh membuat pemindahan fail, tetapi had saiz fail akan bergantung kepada pelan Dropbox anda. Penerima tidak memerlukan akaun Dropbox untuk mendapatkan fail mereka.

Ya, anda boleh menggunakan sama ada apl mudah alih Dropbox (tersedia untuk peranti iOS dan Android) untuk menghantar fail, atau gunakan Dropbox Transfer daripada pelayar mudah alih anda untuk menghantar fail ke mana-mana peranti.

Ya, apl Dropbox tersedia merentas sistem pengendalian. Anda boleh memindahkan fail daripada Komputer Apple ke PC Microsoft Windows dan Linux. Anda juga boleh memuat naik fail daripada pelayar web anda untuk menjana pautan atau e-mel untuk dihantar kepada sesiapa sahaja.

Dengan Dropbox, anda boleh menghantar dan menyimpan sebarang jenis fail. Segala-galanya daripada fail video kepada imej RAW, PDF, fail audio dan banyak lagi.

Apakah ciri-ciri yang ditawarkan oleh perkongsian Dropbox?

Fail sedang disandarkan pada peranti dan awan

Sandaran fail

Sandarkan fail anda dengan selamat dan lindungi daripada kehilangan data

Fail imej bersaiz besar gajah berwarna hijau

Hantar fail besar

Hantar mana-mana jenis fail besar kepada sesiapa pun, tanpa rasa bimbang

Ikon Wi-Fi

Kerja dari jauh

Akses kerja penting anda di luar talian—di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa

Pengguna menogol kebenaran perkongsian untuk folder

Keizinan fail

Lindungi kerja anda dengan keizinan fail yang berkuasa