Dropbox Plus kini termasuk pengurus kata laluan baharu yang hebat. Dan vault fail baharu yang dilindungi oleh pin memberikan tambahan lapisan keselamatan kepada data anda yang paling sensitif.
Maklumat anda lebih selamat berbanding dengan sebelum ini
![Pengurus kata laluan Dropbox dengan senarai kata laluan yang disimpan untuk Dropbox, Slack dan Microsoft Office](https://fjord.dropboxstatic.com/warp/conversion/dropbox/warp/en-us/lp/personal/security/AccountPasswords-ms.jpg?id=8bf2267c-1826-41ed-8377-316d14cf349f&output_type=jpg)
Lindungi data anda agar kalis bencana
Kini, anda boleh memulihkan atau mendapatkan semula apa-apa sahaja dalam akaun Dropbox anda sehingga 30 hari. Ini bermakna bahawa semua foto, PDF dan fail peribadi anda selamat daripada penyuntingan, pemadaman, penggodam dan virus yang tidak diingini.
![Seorang pengguna mengklik butang biru yang berlabel "pulihkan fail"](https://fjord.dropboxstatic.com/warp/conversion/dropbox/warp/en-us/lp/personal/security/RecoverFiles-ms.jpg?id=038f1dcf-03ed-4fc5-8a87-8cf3d8a8e61a&output_type=jpg)
Peranti anda hilang? Jangan risau, data anda selamat
Tertinggal telefon? Komputer riba dicuri? Dengan Dropbox, data anda masih dalam keadaan selamat dan di bawah kawalan anda. Anda boleh menghapuskan sebarang peranti dari jauh atau selaraskan fail anda kepada fail yang baharu, dengan hanya beberapa klik sahaja.
![Seorang pengguna mengklik butang biru yang berlabel "hapuskan peranti"](https://fjord.dropboxstatic.com/warp/conversion/dropbox/warp/en-us/lp/personal/security/WipeDevices-ms.jpg?id=108af43d-d3b7-4489-897e-6e95823c87c3&output_type=jpg)