Skip to main content

Alat memangkas video

Pangkas video dalam talian dengan beberapa klik sahaja

Pangkas atau ubah nisbah aspek video yang disimpan dalam akaun Dropbox anda dalam masa beberapa saat sahaja, dengan menggunakan editor video dalam talian yang ringkas.

Tidak kira sama ada anda ingin memberi tumpuan pada kawasan tertentu dalam rakaman anda, atau menggunakan semula aset untuk media sosial—Dropbox memudahkan proses anda memangkas video dalam talian.

Gambaran visual alat pemangkasan video dalam editor video dalam talian Dropbox.
Potong saiz video
Ubah nisbah aspek video dengan pemangkas video

Tukar nisbah aspek video dengan pantas mengikut keperluan anda, atau pelantar penerbitan anda, tanpa perlu menggunakan apl penyuntingan desktop yang rumit.

Dengan penyelarasan bingkai tersuai, anda boleh memangkas video anda kepada apa-apa sahaja bentuk yang anda perlukan.

Ilustrasi editor video mengubah nisbah aspek klip video dengan alat pangkas.

Cara memangkas video dengan Dropbox

Ubah nisbah aspek video anda dengan empat langkah ringkas sahaja.

Ikon yang menggambarkan fail, mewakili fail yang disimpan dalam akaun Dropbox.

Pilih fail anda

Pilih fail yang disimpan dalam akaun Dropbox anda.

Ikon yang menggambarkan pensel, mewakili editor video dalam talian Dropbox.

Buka editor

Klik Pangkas dalam tetingkap pratonton fail yang muncul untuk membuka editor video dalam talian.

Ikon yang menggambarkan kilauan, mewakili keupayaan untuk memotong video dengan Dropbox.

Pangkas video anda

Laraskan bingkai video anda untuk memangkas kawasan yang tidak diingini atau ubah nisbah aspek.

Ikon yang menggambarkan tanda semak, mewakili video dipangkas yang sedang disimpan.

Simpan fail anda

Anda boleh menulis ganti fail asal atau menyimpan salinan untuk mencipta versi dipangkas yang berasingan.

Pangkas untuk media sosial
Pangkas video untuk Instagram, TikTok dan banyak lagi

Cara menggunakan semula rakaman untuk media sosial kini menjadi lebih mudah.

Cipta video menegak untuk penerbitan di Kekili Instagram dan TikTok atau klip versi segi empat sama untuk digunakan merentas berbilang pelantar.

Hanya buka video anda dalam editor dalam talian dan laraskan video mengikut saiz yang anda mahu.

Ilustrasi yang menggambarkan pasukan kreatif merakam, mengedit dan mengeksport video untuk media sosial.
Pangkas rakaman skrin
Berikan sentuhan tambahan kepada rakaman skrin anda

Jika anda terakam tab pelayar terbuka anda dalam rakaman skrin anda secara tidak sengaja, anda tidak perlu merakam semula keseluruhan klip.

Dengan alat pangkas kami, anda boleh mengubah saiz bingkai untuk memadamkan kawasan yang anda tidak perlukan.

Ilustrasi yang menggambarkan koleksi klip rakaman skrin dan kamera.

Soalan lazim

Pemangkasan merupakan teknik penyuntingan yang membolehkan anda mengubah kawasan yang boleh dilihat dalam sebuah klip video. Dengan memangkas video, anda sedang mengubah bentuk bingkai yang memaparkan rakaman. 

Nisbah aspek ialah gambaran matematik saiz sisi mendatar dan menegak video.

Sebagai contoh, video dengan nisbah aspek 2:1 akan menjadi dua kali lebih lebar daripada tinggi.

Beberapa contoh nisbah aspek yang lazim digunakan termasuk:

  • 16:9—biasa untuk video landskap
  • 9:16—biasa untuk video potret
  • 1.85:1—biasa dalam pawagam atau pembikinan filem
  • 1:1—video segi empat sama

Dengan alat pemangkasan video yang tersedia dalam Dropbox, anda tidak terhad kepada nisbah aspek, yang bermakna anda bebas untuk menggunakan contoh ini sebagai panduan, atau melakukan pemangkasan yang baru sepenuhnya.

Untuk memangkas video yang disimpan dalam akaun Dropbox anda untuk Instagram, pilih Pangkas video dalam tetingkap pratonton fail yang muncul.

Dari sini, hanya ubah saiz bingkai video kepada bentuk yang anda perlukan. Jika anda ingin menerbitkan kepada kekili Instagram, anda mungkin mahu memangkas rakaman anda ke dalam format 9:16 menegak.

Jika anda ingin menerbitkan ke profil Instagram anda sebagai siaran, pelantar memaparkan video dalam format berikut, bergantung pada bentuk klip yang dimuat naik:

  • 1080x1350px
  • 1080x1080px
  • 1080×608px
  • 1080×1350px

Dengan Dropbox, anda boleh memangkas video dengan format berikut dengan menggunakan editor dalam talian kami:

  • MP4
  • MOV
  • AVI
  • WMV

Lihat lebih banyak ciri

Ikon yang mewakili UI Dropbox Capture.

Perakam skrin

Kurangkan mesyuarat dengan mesej video yang diperibadikan

Ikon yang mewakili ciri maklum balas video Dropbox Replay.

Alat maklum balas video

Kumpulkan dan buat perubahan mengikut maklum balas projek video di satu tempat

Ikon yang mewakili tetapan perkongsian fail dalam akaun Dropbox.

Perkongsian fail

Kongsi mana-mana fail atau folder dengan sesiapa sahaja secara mudah

Ikon yang mewakili fail dan folder yang disimpan dalam akaun Dropbox.

Penyusunan fail dan folder

Susun semua kandungan pasukan anda di satu tempat