Langkau ke kandungan utama

Pengurusan muzik generasi seterusnya

Cipta senarai main, kit media elektronik (EPK) serta pek rentak interaktif dengan satu klik sahaja.

Highnote dan Dropbox telah membentuk perkongsian bagi memperkenalkan penyelesaian semua dalam satu untuk penyimpanan, perkongsian dan perbincangan projek audio anda.

Skrin komputer riba yang memaparkan projek audio yang sedang berjalan

Perkongsian diperkemas untuk audio anda

Highnote mengambil fail audio terus daripada akaun Dropbox anda dan memaparkan fail tersebut dalam halaman senarai main yang dioptimumkan untuk peranti mudah alih dengan kualiti penuh serta tanpa sela. Jana pautan pratonton untuk rekod anda yang seterusnya, EPK untuk mengusulkan muzik anda atau portfolio untuk projek adunan anda.

Cipta senarai main boleh suai

Transformasikan folder Dropbox anda menjadi senarai main yang menakjubkan lagi menyeluruh dengan Highnote—kemudian tingkatkan senarai main dengan menambahkan karya seni album, penerangan terperinci dan versi alternatif yang disematkan. Semua aset projek anda dipaparkan bersebelahan runut anda yang boleh dimainkan.

Skrin komputer riba yang memaparkan senarai main audio
Bekerjasama dengan rakan sekumpulan, klien dan penerbit bersama

Dengan Highnote, perbualan diketengahkan. Sumbang saran, beri komen dan perhalusi karya anda dalam masa nyata sambil anda dan kolaborator anda berinteraksi secara langsung menerusi senarai main. Hapuskan maklum balas yang berselerak—Dropbox dan Highnote memudahkan pemerolehan maklum balas dalam masa nyata.

Skrin komputer riba yang memaparkan komen untuk projek audio yang sedang berjalan

Penghubung gelibat untuk ahli muzik

Karya anda disimpan di Dropbox, daripada sesi muzik hingga bounce terkini. Kini dengan Highnote, anda boleh berkongsi dan pratonton projek anda bersama kolaborator dan peminat untuk memastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan aliran kreatif.

Penstriman yang unggul

Apabila anda menggunakan Highnote untuk berkongsi dan membincangkan fail audio anda, pendengar anda mengalami karya anda sebagaimana yang anda hasratkan. Strim audio tanpa hilang dalam satu aliran tanpa gangguan, tanpa sela antara runut.

Statistik masa nyata

Dapatkan kemas kini segera tentang mainan runut, komen dan paparan supaya anda sentiasa tahu orang yang mendengar serta cara karya anda diterima.

Keselamatan yang kukuh

Highnote ialah peribadi secara lalai, jadi anda boleh terus merahsiakan runut anda sehingga anda bersedia untuk berkongsi. Sesuaikan akses mengikut pengguna atau pautan, tambahkan kata laluan dan kawal orang yang boleh mendengar, membuat komen atau bekerjasama.