Segala-gala yang anda perlukan untuk kerja, semuanya di satu tempat
Akhirnya semua peralatan, kandungan dan kolaborator anda boleh diakses daripada tempat yang sama. Dropbox Business bukan sekadar simpanan yang selamat kerana pelan ini merupakan cara yang pintar dan lancar untuk mengoptimumkan aliran kerja sedia ada anda.
![Usul klien yang dicipta dalam Dropbox dikongsi dengan berbilang pengguna yang memberikan maklum balas.](https://fjord.dropboxstatic.com/warp/conversion/dropbox/warp/en-us/business/CollabBrowse_2-ms@2x.png?id=c6355dd1-94d5-4496-8b10-c8e41c3d9b52&output_type=png)
Cari pelan Dropbox Business untuk anda
Untuk pasukan
- 3+ pengguna
- 5 TB storan untuk pasukan
Sambungkan semua peranti yang anda perlukan
Penghantaran fail besar hingga 2 GB
180 hari untuk memulihkan fail terhapus
Sediakan pentadbir
Analisis dokumen masa nyata
Pautan tunggal untuk berbilang dokumen
Pengesahan kod laluan dan e-mel
Papan pemuka interaksi pelihat
Dapatkan manfaat penuh Dropbox
![Antara muka Dropbox yang menunjukkan pilihan untuk berkongsi dokumen dengan Dropbox atau menghantar dokumen untuk mendapatkan tandatangan elektronik dengan Dropbox Sign](https://fjord.dropboxstatic.com/warp/conversion/dropbox/warp/en-us/business/Multiblock_eSign_with_HelloSign-ms@2x.png?id=6fc2ec42-bbac-4600-be5b-d1a23a31f996&output_type=jpg)
e-Tandatangan dengan Dropbox Sign
Pakej Essentials memberi anda lebih banyak simpanan dan cara yang mudah untuk meminta atau menambah e-Tandatangan yang sah di sisi undang-undang tanpa had pada dokumen yang disimpan dalam aliran kerja Dropbox yang lancar.
![Ikon apl yang berintegrasi dengan Dropbox](https://fjord.dropboxstatic.com/warp/conversion/dropbox/warp/en-us/business/multi-1-tools@2x.png?id=c7da2f24-3dab-4d94-be46-9d23da9dc4a5&output_type=png)
Kurangkan kerja bertukar-tukar peralatan
Selesaikan tugas seharian anda dengan satu alat. Cipta, sunting dan kongsi kandungan awan daripada Google Docs, Sheets dan Slides, fail Microsoft Office serta Dropbox Paper terus daripada Dropbox.
![Antara muka Dropbox yang memaparkan pilihan untuk menghantar dan menjejak dokumen dengan DocSend](https://fjord.dropboxstatic.com/warp/conversion/dropbox/warp/en-us/business/DocSend_Business_Tile-ms@2x.jpg?id=e0183aa0-7c14-41fa-bc6e-8da2a00fa8bc&output_type=jpg)
Hantar dan jejaki dokumen
Dengan pakej Standard + DocSend, anda memperoleh analisis masa nyata, kawalan dokumen lanjutan, ruang dokumen diperibadikan dan banyak lagi.
![Dua paparan peranti, satu kecil dan satu besar yang menunjukkan penyelarasan fail di Dropbox membolehkan anda untuk menyelaraskan fail di seluruh peranti.](https://fjord.dropboxstatic.com/warp/conversion/dropbox/warp/en-us/business/multi-3-multi-device@2x.png?id=7ee3b147-b899-4f89-bcdf-fdfce9e20451&output_type=png)
Kerjasama, bila-bila masa, di mana-mana jua
Cipta, edit dan kongsi kandungan awan daripada Google Docs, Sheets dan Slides serta fail Microsoft office secara terus daripada Dropbox. Akses dan kongsi kerja anda dengan mudah daripada mana-mana komputer, peranti mudah alih atau pelayar web.
![Pengguna melampirkan fail 50 GB untuk dihantar menggunakan Dropbox Transfer.](https://fjord.dropboxstatic.com/warp/conversion/dropbox/warp/en-us/business/multi-5-send-large-files-ms@2x.png?id=622a5cdc-c29e-4b8e-91df-de5e92da5f33&output_type=png)
Hantar fail-fail besar dengan selamat
Dropbox Transfer ialah cara yang selamat dan pantas untuk menghantar fail akhir dalam sebarang saiz kepada rakan sekerja dan klien. Tetapkan kata laluan tersuai dan tarikh luput untuk melindungi kerja anda dan sahkan penghantaran dengan pemberitahuan muat turun.
![Folder Dropbox Business yang menjamin keselamatan fail.](https://fjord.dropboxstatic.com/warp/conversion/dropbox/warp/en-us/business/multi-6-security@2x.png?id=3f7994c8-0342-4877-b193-875cbee75fb7&output_type=png)
Dapatkan ketenangan fikiran
Infrastruktur selamat dan teragih—serta peralatan pentadbiran untuk kawalan dan penglihatan—memastikan data syarikat anda selamat dalam Dropbox.